Saido Berahino dibuang kontrak professional bersama West Brom
10:24 PM
Posted by Airi
Dia ialah Sadio Berahino.
Pemain yang pernah divaluasi West Bromwich Lebih daripada £30 juta.
Pemain yang dalam senarai antara One season wonder paling hebat dalam sedekad. Berahino menjadi bakat yang mengujakan ramai pihak termasuk dipanggil ke kem kebangsaan England.
Arsenal pernah datang dengan tawaran £15 juta namun ditolak oleh West Brom. Tak lama selepas tu Spurs datang dengan offer £20 juta. Juga ditolak.
Spurs kemudian datang dengan tawaran akhir 'take it or leave it' bernilai £23 juta. West Brom masih rasa ianya tak cukup dan meminta at least £30 juta
Berahino kemudian mogok dan tak datang latihan kerana mendesak untuk dijual ke Spurs.
Selepas itu Berahino menunjukkan penurunan pada aksi beliau. Dan Stoke datang dengan tawaran £12 juta untuk membawa masuk pemain tersebut. Tambahan £3 juta bonus atas persembahan dibayar kepada West Brom jika pemain itu cemerlang
Stoke menawarkan gaji £70,000 seminggu kepada Berahino kerana percaya pemain itu under perform sekejap dan mereka akan kembalikan pemain itu kepada prestasi terbaik.
Apa yang berlaku pada hari ini beliau telah ditamatkan kontrak serta merta oleh Stoke City kerana kes memandu dalam keadaan mabuk. Stoke ni pun saja cari masa sesuai nak terminate contract beliau kerana Saido Berahino telah lama gagal perform.
Daripada pemain yang dilabel sebagai pesaing Harry Kane dalam kem England kini Berahino tiada kontrak profesional kerana memandu dengan pengaruh alkohol.
Ramai je pemain memandu mabuk dan kantoi tetapi tak ditamatkan kontrak. Kenapa? Ya sebab mereka pemain yang bagus. Jika kamu kamu tak bermain bagus apasal sahaja peluang akan digunakan kelab untuk singkirkan kamu.
Nak terminate Masa Tiada buat hal kena bayar pampasan. Nak jual si Berahino ni, mana ada kelab nak tampung gaji £70k beliau ada sekarang.
Berbalik kepada kes West Brom. Mereka juga pernah menolak tawaran £15 juta oleh Man. City untuk Jony Evans. Selepas tu City tawarkan bidaan terakhir £18.5 juta. Itupun West Brom tolak dan minta £25 juta
Pada deadline day Arsenal datang dengan tawaran akhir £13 juta, namun West Brom berkeras mahukan £25 juta.
Namun untuk kes Berahino bagi saya West Brom diberikan talian hayat oleh Stoke untuk menjual pemain itu pada harga £12 juta dalam keadaan ketika itu Berahino masuk ke tahun akhir kontrak.
Arsenal Bakal Memiliki Jersi Lawan Baru 2013-2014
8:34 PM
Posted by Airi
Arsenal Bakal Memiliki Jersi Lawan Baru 2013-2014 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Julai ini. Di bawah merupakan sedikit sedutan daripada trailer yang dilancarkan di Arsenal.com yang ditampili oleh Kieran Gibbs,Carl Jenkinson,dan Alex Oxlade Chamberlain
Vito Mannone Berpindah Ke Sunderland
7:58 PM
Posted by Airi
Vito Mannone kini menjadi milik Sunderland setelah 8 tahun bersama Arsenal.Mannone bakal berkerjasama dengan Jurulatih Paolo Di Canio dan Pengarah Bola Sepak Sunderland Roberto De Fanti yang kebetulan mereka bertiga daripada Itali.
Dipetik dari the Telegraph, Sabtu (29/6), bahawa Arsenal melepaskan penyawang gol itu kerana beliau di posisi ketiga Wojciech Szczeszny dan Lukasz Fabianski
Mannone yang sebelum ini dipinjamkan ke Barnsley dan Hull City jarang bermain sepanjang musim lalu. Selama di bawah asuhan Arsene Wenger, Mannone hanya bermain sebanyak 15 kali sebagai penyawang gol sejak dibawa masuk dari Atalanta pada 2006.
Kedatangan Mannone ke Stadium of Light memang tidak menempatkannya tempat automatik sebagai penyawang gol utama. Namun Di Canio mungkin akan memberikan peluang bagi penjaga gawang berusia 23 tahun itu untuk menunjukkan kemampuannya dalam pra musim 2013/2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)